Monday 2 March 2015

Tak mungkin sia sia

Selepas bertahun,
Dari mesir kini di India
Dari remaja kini makin dewasa.
Aku tulis semula.

Semoga bermanfaat buat yang membaca.

[Doa itu tak pernah yang ada namanya sia-sia]

 Hari ini kite menangis menadah tangan,
Esok Allah hadiahkan senyum.
Cuma bezenya pada kesedaran.
Berapa orang hari ini yang dia tertawa gembira lalu mengucapkan Alhamdulillah?
Moga2 itu kita.

Mungkin senyuman manis itu bukan hasil permintaan tangisan kita,
Sebab tu kita lupa bersyukur.
Tapi kita lupa, Allah hadiahkan pelangi buat hujan yang lebat,
Mungkin kita minta pelanginya di ipoh,
Tapi Allah letaknya di Kuala Lumpur.
Sebab itu kita jadi lupa.

"Malam takkan selamanya gelap,
Nanti fajar kan tiba,
Hiba tak selamanya kelam,
Nantikan gembira juga"

Selalu ingatkan diri,
Gembira itu nikmat, tapi boleh jadi ujian.
Duka itu ujian, tapi boleh jadi nikmat.
Nikmatnya terasa, bila dalam esakan sendu hiba, di hati tak lekang 'ya Rabbi'.