Sunday 27 May 2012

Assalamualaikum...

harini saya nak tulis tentang sesuatu yg buat saya sgt kesal + kecewe + sedih..
mungkin kalau di IKUT kan tiada kaitan dengan saya pun
tapi kalau di FIKIR kan sungguh berkaitan dengan saya...

tentunya tentang PEREMPUAN...

Ya Ukhti,,
wajah mu lebih berharga dari 1000 kali LIKE, apatah lagi apabila di LIKE kurang dari 1000

ya Ukhti,
wajah mu lebih berharga dari 1000 kali pujian, apatah lagi apabila dipuji dari ajnabi

ya Ukhti,
tak perlu meraih pujian manusia, kerana apa mungkin kita dipuji oleh Allah tatkala kita alpa dengan pujian manusia?

ya Ukhti,
saat enti bahagia dipuji, ada yang bersedih..
mungkin abi wa ummi mu..yang mengharapkan anak perempuan nya memelihara
mungkin bakal zauj mu (suami)..yang mengharap kecantikan mu hanya untuknya
mungkin kah Rasulullah..yg menaikkan martabat kita yang dulu dihina
mungkin kan Allah, nauzubillah

ya Ukhti,
beringat lah. di syurga itu paling sedikit bilangan wanita nya

yang saya kata di sini wajah...yg kita sendiri tahu wajah bukan lah aurat..
apatah lagi apabila kita mendedahkan aurat

ramai yang bertudung..tahniah wa alhamdulillah
namun masih belum menjaga wajah nya..
mengambil gamba dengan pelbagai cara senyum, pelbagai gaya tudung..

ade yang kata.."ramai lelaki suka perempuan bertudung ;) ''
namun, perlukah kita disukai dengan ramai lelaki..
cukup buat kita satu, yang tak perlu dicari malah datang sendiri
"dan lelaki itu pasti lebih suke yang bertudung dan menjaga"
jaga lah akhlak mu..tak perlu tunjukkan kecantikan mu
semua juga tahu wanita itu kaya dengan kecantikan
bukan cara kita bersyukur dengan menunjukkan kecantikan mu..
bertahmid lah tanda kita besyukur...

apabila enti dipuji dengan kelebihan mu..
maka bertahmid lah..kerana bertahmid itu bermaksud kite memuji Allah kerana telah menciptakan hamba yang cantik,dan kecantikan mu menunjukkan kekuasaan Allah.Sesungguhnya Allah itu lebih cantik dari mu

ya Ukhti,
pelihara lah..
mana mungkin kita rase kita sudah menjaga ikhtilat apabila gamba kita bisa ditatap oleh ramai ajnabi
dipuji oleh ajnabi..walau kita hanya berbalas dengan 
"terimakasih"

saya harap,selepas antunna membaca ni,
bukan kata2 kesat yang keluar dari mulut tetapi istighfar..
bukan wajah rakan anda yg bermain diminda kerana dy berbuat demikan tetapi diri anda..

wallahu a'lam..
:)

2 comments:

  1. fb-->wajah-->mekap-->tabarruj-->berleluasa
    astaghfirullah

    syukran ukhti ats peringatan.. :)

    p/s: wah, uni pon ad belog^^

    ReplyDelete
  2. " ade yang kata.."ramai lelaki suka perempuan bertudung ;) ''
    namun, perlukah kita disukai dengan ramai lelaki..
    cukup buat kita SATU, yang tak perlu dicari malah datang sendiri.."

    zaman skrg ni ssh la nk tgu dtg sendiri tu, mmg kena cari... ehehe

    ReplyDelete